
Bila guna air-cond, fuhhh tinggi gila bil elektrik bulan ni!..
Berapa ramai yang macam ini?
Ya memang betul, penggunaan elektrik air-cond adalah lebih tinggi berbanding dengan kipas. Tetapi kita masih boleh menjimatkannya ! Jom ikut 6 cara paling mudah untuk bantu menggurangkan penggunaan elektrik air-cond di rumah anda.
#1 Sentiasa Tutup Suis Utama Selepas Turn Off Air-cond.
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
#2 Set Pemasa atau Buat Auto ON/OFF timer.
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas. Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan aircond dan berselimut.
Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
#3 Tetapan Suhu Pada Kadar Optimum.
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi anda tidak perlu menetapkan ia pada 18°C. Jika anda tetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut. Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas.
Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
#4 Gunakan Kipas Sebelum Buka Air-cond.
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (Pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
Memasang kipas akan menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga.
Selain itu, penggunaan kipas siling boleh menghilangkan udara panas di sekeliling badan kita.
#5 Bersihkan Atau Tukar Penapis Aircond Setiap Bulan.
Ha ini yang paling malas nak buatkan ? Menyelenggara air-cond anda adalah penting dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek. Penapis udara yang kotor akan mengurangkan keberkesanan air-cond, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
#6 Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Aircond Anda
Service air-cond anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar. Anda boleh service air-cond 2 kali setahun ataupun sekali setiap enam bulan.
Ha, itu dia 6 cara mudah nak jimatkan penggunaan elektrik air-cond di rumah anda. Daripada 6 cara ini, mana yang pernah anda buat di rumah? Jom kongsi di comment
Jangan lupa, share dan tag keluarga serta kawan-kawan anda sekali tau!