7 CARA PALING MUDAH JIMATKAN BATERI PHONE

Ramai pengguna smartphone yang masih belum tahu cara untuk menjimatkan atau menjaga bateri phone supaya tahan lebih lama. Bila tahan lebih lama maka duit pun tak perlu keluar lagi untuk beli phone baru ataupun beli powerbank.

Jadi pada blog kali ini, admin akan cuba bantu dengan kongsi 7 cara mudah untuk jaga bateri phone tahan lebih lama

 

#1 JANGAN LUPA CAS BATERI PHONE 100% PADA KALI PERTAMA

INFO | 15 Tips dan Cara Penjagaan Bateri iPhone Supaya Tidak Rosak ! -  LYSSA FAIZUREEN

Setiap kali selepas beli phone baru, pastikan cas bateri sehingga 100% dahulu sebelum menggunakannya. Cara ini boleh membuatkan bateri phone berada dalam keadaan bersedia dan tahan lebih lama.

 

#2 JANGAN GUNA PHONE SEMASA CHARGING

5 'Fakta' Tidak Benar Tentang Cas Telefon Bimbit - REMAJA

Elakkan menggunakan phone atau tablet ketika charging. Perkara ini akan buat bateri cepat lemah dan kemungkinan tinggi boleh berlaku lintar pintas (meletup).

 

#3 JANGAN OVERCHARING

Charging Your Phone Overnight: Battery Myths Debunked | PCMag

Ini perkara paling bahaya kita buat dan boleh terdedah kepada phone terbakar atau meletup kerana bateri phone akan mudah membengkak (damage). Jangan biarkan phone charge lebih dari 100% atau charging phone ketika tidur. Pastikan guna adapter atau cable yang memberikan auto-off sekiranya charging sudah mencapai 100%.

 

#4 JANGAN GUNA CABLE ATAU ADAPTER YANG TIDAK ADA SIRIM 

USB-A to USB-C Cable for Phonak Mini Charger - Hearing Aid Accessory

Ya memang kita perlu berjimat, tapi dengan jimat cara ini membeli copy ori atau bukan original adapter dan cable boleh melemahkan bateri phone. Kerana cable atau adapter yang tidak original tidak dapat memastikan pengaliran elektrik yang teratur dan stabil.

 

#5 JANGAN GUNA SLOT PENGECAS DI DALAM KERETA

How To Charge Phone When Car Is Off? – Rx Mechanic

Perkara ni paling susah untuk elak, sebab bila berjalan jauh memang kita akan selalunya menggunakan slot pengecas di dalam kereta. Tapi sebenarnya ini akan mempercepatkan bateri phone lemah sebab pengaliran arus elektrik yang tidak sekata. Tak percaya buat la.... 

 

#6 TUTUP APPS ATAU FEATURES BACKGROUND YANG TIDAK DIGUNAKAN

Tutup Aplikasi Background di iOS akan Tingkatkan Performa dan Hemat  Baterai? - blackxperience.com

Dengan cara ini, kita akan dapat mengurangkan penggunaan bateri kerana tiada lagi aplikasi yang sedang bergerak di belakang (background running).

 

#7 JANGAN PAKAI CASING YANG TIADA PENGUDARAAN YANG BAIK

BELI CASING PHONE MURAH DI SHOPEE

Ya admin tahu nampak macam pelik, tapi inilah yang terjadi kalau casing kita terlalu kedap dan tidak dapat melepaskan kepanasan yang berada di belakang phone. Jadi penyelesaiannya, jangan guna casing yang tiada lubang angin dibelakang.

 

Terima kasih,

Jika anda ada tips lain yang lebih berkesan untuk menjaga bateri phone, boleh kongsi diruang comment.

Leave a reply